Monday 25 March 2013

Dinikahi Wanita Itu Kerana 4 Perkara


“Dikahwini  wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Bertepatan dengan hadith ini,  teras utama sesebuah pernikahan itu pastinya dinilai dari aspek pegangan agamanya yang mana menjadi tunjang dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Perkara ini juga menjadi sandaran kepada  perhubungan yang terjalin sebelum terpatri satu ikatan yang sah di antara dua insan.

Antara perkara yang dinyatakan yang menjadi penilaian adalah harta kekayaannya. Acap kali kita memandang perkara ini dari sudut wanita itu haruslah memiliki harta yang banyak dan perlu datang dalam kalangan orang berada.

Simbolik kepada aspek kekayaan ini juga sebenarnya dapat di pecahkan kepada beberapa bahagian lagi. Antaranya  termasuklah berusaha mencari  atau memilih pasangan yang celik dalam pengurusan kewangan. Hal ini kerana pendidikan kewangan adalah sangat penting dan menjadi  satu kelebihan  kepada diri kita disamping pasangan itu sentiasa kreatif dalam menjana pendapatan pasif mahupun sampingan.


Pasangan yang celik dalam pengurusan kewangan mampu meminimakan kepincangan yang sering terjadi kepada institusi keluarga yang sering menunding jari antara satu sama lain. Implikasinya, sesebuah keluarga itu mengalami keretakan rumah tangga kerana kurangnya pendidikan kewangan yang mana dianggap remeh  oleh segenap majoriti keluarga di dunia ini.

Post-post  seterusnya saya akan terus berkongsi lagi dan lagi ilmu yang dipinjamkan Allah swt ini untuk  kebaikan kita bersama untuk di jadikan pedoman dan amalan. Mudah-mudahan semoga  usaha kecil ini tercatat sebagai saham akhirat kelak. Insya-Allah.

Waallahualam

p/s : Agak-agak ada tak ayahanda bonda disini nak ambil saya sebagai menantu mereka? Hohoho.

Wan Ahmad Fakhruddin | 250313

No comments:

Post a Comment