Tuesday, 26 March 2013

#InfoContest : 'Celik Ilmu, Menang Ringgit'

Bismillahirrahmanirrahim,

Insya-Allah pada hari ahad minggu pertama bulan 4 nanti iaitu pada 7.4.2012, saya, 
Wan Ahmad Fakhruddin ingin menganjurkan satu contest yang julung-julung kali diadakan. Contest ini diberi nama 'Celik Ilmu, Menang Ringgit'.

Contest ini terbuka kepada semua kenalan di Facebook. Soalan-soalan adalah berdasarkan dari info, tips, dan perkongsian ilmu di wall saya sepanjang Januari 2013 sehingga tarikh contest. Jadi anda perlu koreksi wall saya bagi mendapatkan jawapannya. Beruntung bagi mereka yang dah baca dan amalkan. Hohoho.

Objektif:

1.Menyemai konsep perkongsian ilmu sesama kita hamba Allah s.w.t & umat Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan terhitung sebagai saham akhirat yang bakal dikaut diakhirat kelak. Insya-Allah

2. Menjana wang sampingan setiap bulan dan kreatif mencipta pendapatan pasif selain memupuk amalan berkongsi rezeki yang diberi Allah s.w.t

Cara menyertai contest (Pada hari contest) :

#Langkah 1 - Klik 'follow' bagi yang belum 'follow' FB Wan Ahmad Fakhruddin

#Langkah 2 - Share status soalan saya di wall FB anda dan taip 'Contest : Celik Ilmu, Menang Ringgit' @Wan Ahmad Fakhruddin

#Langkah 3 - Jawab soalan dengan tepat dan pantas di FB Wan Ahmad Fakhruddin. Jawapan anda tidak boleh di 'EDIT'.

Pemenang akan dinilai berdasarkan tiga(3) comment terawal yang pantas dan tepat dan terdapat juga hadiah untuk pemenang saguhati tempat ke-4 dan ke-5

Hadiah :

Pertama - RM20

Kedua - RM15

Ketiga - RM10

Ke-4 & Ke-5 - RM5

TETAPI,

Contest ini hanya menjadi kenyataan sekiranya status ini mendapat comment lebih dari 10 comment dalam kenalan FB. Jadi, apa plihan anda?

p.s. Status ini hanya bertahan sehingga 11.59 malam 27.3.2013 sahaja.

Sekiranya berminat, comment 'Celik Ilmu, Menang Ringgit' di bawah:-

Wan Ahmad Fakhruddin|260313

Monday, 25 March 2013

Dinikahi Wanita Itu Kerana 4 Perkara


“Dikahwini  wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Bertepatan dengan hadith ini,  teras utama sesebuah pernikahan itu pastinya dinilai dari aspek pegangan agamanya yang mana menjadi tunjang dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Perkara ini juga menjadi sandaran kepada  perhubungan yang terjalin sebelum terpatri satu ikatan yang sah di antara dua insan.

Antara perkara yang dinyatakan yang menjadi penilaian adalah harta kekayaannya. Acap kali kita memandang perkara ini dari sudut wanita itu haruslah memiliki harta yang banyak dan perlu datang dalam kalangan orang berada.

Simbolik kepada aspek kekayaan ini juga sebenarnya dapat di pecahkan kepada beberapa bahagian lagi. Antaranya  termasuklah berusaha mencari  atau memilih pasangan yang celik dalam pengurusan kewangan. Hal ini kerana pendidikan kewangan adalah sangat penting dan menjadi  satu kelebihan  kepada diri kita disamping pasangan itu sentiasa kreatif dalam menjana pendapatan pasif mahupun sampingan.


Pasangan yang celik dalam pengurusan kewangan mampu meminimakan kepincangan yang sering terjadi kepada institusi keluarga yang sering menunding jari antara satu sama lain. Implikasinya, sesebuah keluarga itu mengalami keretakan rumah tangga kerana kurangnya pendidikan kewangan yang mana dianggap remeh  oleh segenap majoriti keluarga di dunia ini.

Post-post  seterusnya saya akan terus berkongsi lagi dan lagi ilmu yang dipinjamkan Allah swt ini untuk  kebaikan kita bersama untuk di jadikan pedoman dan amalan. Mudah-mudahan semoga  usaha kecil ini tercatat sebagai saham akhirat kelak. Insya-Allah.

Waallahualam

p/s : Agak-agak ada tak ayahanda bonda disini nak ambil saya sebagai menantu mereka? Hohoho.

Wan Ahmad Fakhruddin | 250313

Sunday, 24 March 2013

Blog Yang Harus Di Follow - abangensem.com

Antara blog yang saya follow adalah blog abangensem.com
Blog ini amat bagus untuk mereka yang baru menjinak-jinakkan diri dalam pelaburan
hartanah. Memang terbaik!

Pelaburan Hartanah Tanpa Modal?

Betul ke ni? Ada ke Pelaburan Hartanah Tanpa Modal?
Kalau tidak percaya, jom terjah SINI!

Saturday, 9 February 2013

#KoleksiHadis 1


Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh."
(Riwayat Muslim)

090213 | 28 Rabiulawal 1434H

‎#InfoSunnah 1

‎#InfoSunnah : Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua..Insya-Allah..

Friday, 8 February 2013

#TipSahamAkhirat 1


#TipSahamAkhirat : Sempena hari Jumaat yang barakah ini, mari la kita banyakan amalan bersedekah. Kepada suri-suri rumah, wanita-wanita di tempat kerja ambilah peluang menderma di masjid dengan mengirim wang kepada suami atau anak-anak serta rakan-rakan sepejabat lelaki untuk didermakan ke tabung masjid. Mudah-mudahan ianya menjadi saham kebaikan kita di akhirat kelak Selamat beramal. Insya-Allah

080213 | 27 Rabiulawal 1434H