Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

#KoleksiHadis 1


Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh."
(Riwayat Muslim)

090213 | 28 Rabiulawal 1434H

‎#InfoSunnah 1

‎#InfoSunnah : Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua..Insya-Allah..

Friday, 8 February 2013

#TipSahamAkhirat 1


#TipSahamAkhirat : Sempena hari Jumaat yang barakah ini, mari la kita banyakan amalan bersedekah. Kepada suri-suri rumah, wanita-wanita di tempat kerja ambilah peluang menderma di masjid dengan mengirim wang kepada suami atau anak-anak serta rakan-rakan sepejabat lelaki untuk didermakan ke tabung masjid. Mudah-mudahan ianya menjadi saham kebaikan kita di akhirat kelak Selamat beramal. Insya-Allah

080213 | 27 Rabiulawal 1434H

Wednesday, 6 February 2013

Tipu Daya Syaitan Kepada Manusia Yang Bersedekah

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."

(Surah al-Baqarah 2:268)

Monday, 4 February 2013

Ayat Seribu Dinar

"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar( dari perkara yang menyusahkannya). Serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan( ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepadaAllah, maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." 

( Surah At-Talaaq, ayat 2-3 )

Saturday, 2 February 2013

Doa Solat Dhuha

“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. 
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.”

Sedekah

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."

(Surah as-Saba’ 34:39)

Thursday, 31 January 2013

Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

(Surah al-'Ahzab 33:56)