Bismillahirrahmanirrahim,
Insya-Allah pada hari ahad minggu pertama bulan 4 nanti iaitu pada 7.4.2012, saya,
Wan Ahmad Fakhruddin ingin menganjurkan satu contest yang julung-julung kali diadakan. Contest ini diberi nama 'Celik Ilmu, Menang Ringgit'.
Contest ini terbuka kepada semua kenalan di Facebook. Soalan-soalan adalah berdasarkan dari info, tips, dan perkongsian ilmu di wall saya sepanjang Januari 2013 sehingga tarikh contest. Jadi anda perlu koreksi wall saya bagi mendapatkan jawapannya. Beruntung bagi mereka yang dah baca dan amalkan. Hohoho.
Objektif:
1.Menyemai konsep perkongsian ilmu sesama kita hamba Allah s.w.t & umat Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan terhitung sebagai saham akhirat yang bakal dikaut diakhirat kelak. Insya-Allah
2. Menjana wang sampingan setiap bulan dan kreatif mencipta pendapatan pasif selain memupuk amalan berkongsi rezeki yang diberi Allah s.w.t
Cara menyertai contest (Pada hari contest) :
#Langkah 1 - Klik 'follow' bagi yang belum 'follow' FB Wan Ahmad Fakhruddin
#Langkah 2 - Share status soalan saya di wall FB anda dan taip 'Contest : Celik Ilmu, Menang Ringgit' @Wan Ahmad Fakhruddin
#Langkah 3 - Jawab soalan dengan tepat dan pantas di FB Wan Ahmad Fakhruddin. Jawapan anda tidak boleh di 'EDIT'.
Pemenang akan dinilai berdasarkan tiga(3) comment terawal yang pantas dan tepat dan terdapat juga hadiah untuk pemenang saguhati tempat ke-4 dan ke-5
Hadiah :
Pertama - RM20
Kedua - RM15
Ketiga - RM10
Ke-4 & Ke-5 - RM5
TETAPI,
Contest ini hanya menjadi kenyataan sekiranya status ini mendapat comment lebih dari 10 comment dalam kenalan FB. Jadi, apa plihan anda?
p.s. Status ini hanya bertahan sehingga 11.59 malam 27.3.2013 sahaja.
Sekiranya berminat, comment 'Celik Ilmu, Menang Ringgit' di bawah:-
Wan Ahmad Fakhruddin|260313
Tuesday, 26 March 2013
Monday, 25 March 2013
Dinikahi Wanita Itu Kerana 4 Perkara
“Dikahwini wanita
itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka
utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya
sejahtera hidupmu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bertepatan dengan hadith
ini, teras utama sesebuah pernikahan itu pastinya dinilai dari
aspek pegangan agamanya yang mana menjadi tunjang dalam sesebuah institusi
kekeluargaan. Perkara ini juga menjadi sandaran kepada perhubungan
yang terjalin sebelum terpatri satu ikatan yang sah di antara dua insan.
Antara perkara yang dinyatakan yang menjadi penilaian adalah harta kekayaannya. Acap kali kita memandang perkara ini dari sudut wanita itu haruslah memiliki harta yang banyak dan perlu datang dalam kalangan orang berada.
Antara perkara yang dinyatakan yang menjadi penilaian adalah harta kekayaannya. Acap kali kita memandang perkara ini dari sudut wanita itu haruslah memiliki harta yang banyak dan perlu datang dalam kalangan orang berada.
Simbolik kepada aspek
kekayaan ini juga sebenarnya dapat di pecahkan kepada beberapa bahagian lagi. Antaranya termasuklah berusaha mencari atau memilih pasangan yang celik dalam
pengurusan kewangan. Hal ini kerana pendidikan kewangan adalah sangat penting
dan menjadi satu kelebihan kepada diri kita disamping pasangan itu sentiasa kreatif dalam menjana pendapatan
pasif mahupun sampingan.
Pasangan yang celik dalam
pengurusan kewangan mampu meminimakan kepincangan yang sering terjadi kepada institusi
keluarga yang sering menunding jari antara satu sama lain. Implikasinya,
sesebuah keluarga itu mengalami keretakan rumah tangga kerana kurangnya
pendidikan kewangan yang mana dianggap remeh oleh segenap majoriti keluarga di dunia ini.
Post-post seterusnya saya akan terus berkongsi lagi dan
lagi ilmu yang dipinjamkan Allah swt ini untuk
kebaikan kita bersama untuk di jadikan pedoman dan amalan.
Mudah-mudahan semoga usaha kecil ini
tercatat sebagai saham akhirat kelak. Insya-Allah.
Waallahualam
p/s : Agak-agak ada tak
ayahanda bonda disini nak ambil saya sebagai menantu mereka? Hohoho.
Wan Ahmad Fakhruddin | 250313
Sunday, 24 March 2013
Blog Yang Harus Di Follow - abangensem.com
Antara blog yang saya follow adalah blog abangensem.com
Blog ini amat bagus untuk mereka yang baru menjinak-jinakkan diri dalam pelaburan
Blog ini amat bagus untuk mereka yang baru menjinak-jinakkan diri dalam pelaburan
hartanah. Memang terbaik!
Pelaburan Hartanah Tanpa Modal?
Betul ke ni? Ada ke Pelaburan Hartanah Tanpa Modal?
Kalau tidak percaya, jom terjah SINI!
Kalau tidak percaya, jom terjah SINI!
Saturday, 9 February 2013
#KoleksiHadis 1
Dari Abu
Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Apabila mati seorang
anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh."
(Riwayat Muslim)
090213 | 28 Rabiulawal 1434H
090213 | 28 Rabiulawal 1434H
#InfoSunnah 1
#InfoSunnah : Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua..Insya-Allah..
Friday, 8 February 2013
#TipSahamAkhirat 1
#TipSahamAkhirat : Sempena hari Jumaat yang barakah ini,
mari la kita banyakan amalan bersedekah. Kepada suri-suri rumah, wanita-wanita
di tempat kerja ambilah peluang menderma di masjid dengan mengirim wang kepada
suami atau anak-anak serta rakan-rakan sepejabat lelaki untuk didermakan ke tabung
masjid. Mudah-mudahan ianya menjadi saham kebaikan kita di akhirat kelak Selamat
beramal. Insya-Allah
080213 | 27 Rabiulawal 1434H
Wednesday, 6 February 2013
Dividen & Bonus Tabung Haji 2012
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus tahunan Jubli Emas 2012 sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak lapan peratus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan bonus itu berkata, kadar bonus tahunan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus kepada RM2.13 bilion berbanding RM1.68 bilion pada 2011.
"Jumlah pembayaran keseluruhan Bonus Jubli Emas 2012 sebanyak RM2.46 bilion yang merangkumi pembayaran Bonus Tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan Bonus Khas sebanyak RM325 juta adalah yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Lembaga Tabung Haji.
"Tabung Haji berjaya melonjak prestasi kewangan dengan mencatat pendapatan melebihi RM2 bilion selama tiga tahun berturut-turut sejak 2010 dan keuntungan bersih buat pertama kali melepasi RM2.0 bilion," katanya ketika mengumumkan bonus berkenaan di Menara Tabung Haji di sini, hari ini.
Beliau berkata, pembayaran bonus kepada semua pendeposit akan dilakukan pada 10 Februari ini.
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TabungHajiumumbonuslapanperatus/Article/
"Jumlah pembayaran keseluruhan Bonus Jubli Emas 2012 sebanyak RM2.46 bilion yang merangkumi pembayaran Bonus Tahunan sebanyak RM2.13 bilion dan Bonus Khas sebanyak RM325 juta adalah yang tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Lembaga Tabung Haji.
"Tabung Haji berjaya melonjak prestasi kewangan dengan mencatat pendapatan melebihi RM2 bilion selama tiga tahun berturut-turut sejak 2010 dan keuntungan bersih buat pertama kali melepasi RM2.0 bilion," katanya ketika mengumumkan bonus berkenaan di Menara Tabung Haji di sini, hari ini.
Beliau berkata, pembayaran bonus kepada semua pendeposit akan dilakukan pada 10 Februari ini.
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TabungHajiumumbonuslapanperatus/Article/
Tipu Daya Syaitan Kepada Manusia Yang Bersedekah
"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."
(Surah al-Baqarah 2:268)
(Surah al-Baqarah 2:268)
Tuesday, 5 February 2013
Pilihan bahan bacaan Februari 2013 (Siri 3)
1. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta - Malaysia | Shamsuddin Kadir
2. Ajaibnya Sedekah - Muhammad Muhyidin
#Mari Membudayakan Hidup Membaca & Beramal denganya. Insya-Allah
2. Ajaibnya Sedekah - Muhammad Muhyidin
#Mari Membudayakan Hidup Membaca & Beramal denganya. Insya-Allah
Monday, 4 February 2013
Ayat Seribu Dinar
"Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar( dari perkara yang menyusahkannya). Serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan( ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepadaAllah, maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
( Surah At-Talaaq, ayat 2-3 )
( Surah At-Talaaq, ayat 2-3 )
Saturday, 2 February 2013
Doa Solat Dhuha
“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu.
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.”
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.”
Sedekah
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."
(Surah as-Saba’ 34:39)
(Surah as-Saba’ 34:39)
Thursday, 31 January 2013
Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Surah al-'Ahzab 33:56)
(Surah al-'Ahzab 33:56)
Thursday, 31 May 2012
Sunday, 15 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)

